Monday, 10 September 2012

Imbuhan



1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :
            a] membentuk kata terbitan
            b] mengubah golongan kata
            c] mencipta perkataan baru

2. Dalam Bahasa Melayu imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis
 
IMBUHAN
awalan [ di awal perkataan ]
akhiran [ di akhir perkataan ]
apitan [ di awal dan di akhir perkataan ]
sisipan [ tersisip di tengah perkataan ]

Awalan Ber-
Awalancatatancontoh perkataan
ber-wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah.Berjalan, bercukur, berkaki
bel-wujud apabila awalan ber- bertemu dengan kata akar ajarbelajar
be-wujud apabila kata kar bermula dengan huruf ‘ r ‘bekerja, berumah, berada, beraja

Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu
Ertiperkataancontoh ayat
mempunyaiberbadan berduit
memakai atau menggunakanberseluar berbedak
mengerjakan atau mengusahakanberkebun bersawah
menghasilakn / mengeluarkanberbuah berasap
menyatakan kumpulanbertiga berkelompok
kenaberhujan berembun
melakukan perbuatan pada diri sendiribersaandar bersembunyi
melakukan sesuatu antara dua pihakbertumbuk berlaga
tabiat pekerjaan atau kebiasaanbertanak nasi berkirim surat
mengucapkanberdoa berikrar
menunjukkan sesuatu sikapberkeras berlembut
dalam keadaanbersedih bergembira
menunjukkan ada sesuatuberduri berbahaya
berlaku sebagaiberbomoh

Awalan ke-
Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi membentuk kata bilangan tingkat, kata nama, dan kata bilangan himpuan.

Limakelima [ kata bilangan tingkat ]
tigaketiga [ keta bilangan himpunan ]
tuaketua [ kata nama ]
kasihkekasih [ kata nama ]
hendakkehendak [ kata nama ]

Beberapa erti awalan ke-

PerkataanErti
kedua-dua
kelima-lima
himpunan
kelapan
kesepuluh
urutan satu persatu
diketuai
dikehendaki
yang di- …..-kan   atau
di- ….. - I

Awalan se-

Ertiperkataan
seluruhse-Malaysia
sedunia
senegara
samasejenis
sepadan
sebaya
satuseribu
seratu
sekampit
sama-sama di …..sekampung
serumah
sekelas
sama dengansepanjang
sebaik
seberat

Awalan ter-
1. Awalan ter- terbahagi kepada tiga jenis, iaiyu :
            a] ter- adjektif

Awalancontoh perkataanketerangan
te-teramai, terendam. Teroboh, terasukApabila bertemu dengan kata dan huruf pangkalnya huruf ‘ r’
ter-tersayang, tersenyum, terbawa, tercetusApabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf lain selain daripada huruf ‘r’
Ertiperkataanketerangan
palingtertinggi
terbaik
paling tinggi
paling baik
dapat di ….. atau keupayaanterkayuh
terdaki
dapat dikayuh
dapat diaaki
tidak sengaja di- atau men-tergelek
terguris
tidak sengaja digelek atau menggelek
tidak sengaja diguris atau menguris

Awalan men-
Awalan me- boleh menjadi me-, men-, meng- dan menge- yang wujud berdasarkan huruf pertama yang diimbuhkan dengannya seperti di bawah :

Awalanperkataanketerangan
me-meyakinkan
menganga
menyanyi
menanti
melawat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ng, ny, y, r, dan w
men + keluh = mengeluh
men + surat  = menyurat
men + pilih   = memilih
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t
huruf k menjadi ng
huruf s akan menjadi ny
huruf p bertukar menjadi m
huruf t berubah menjadi n
mem-membawa
membaling
apabia bertemu dengan kata yang bermula dengan  huruf b dan f
men-mancuba
mendarat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf c, d, dan j
meng-mengasah
mengikat
mengubat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf seperti a, I, e, o, u, g, dan h
menge-mengecap
mengecap
mengebom
mengesah
Apabila bertemu dengan kata yang terdiri daripada satu suku kata.

Awalan pen-

AwalanPerkataanKeterengan
pe-pewangi
penyanyi
pelajar
pemakai
penasihat
pemusnah
Apabila beremu kata yang bermula dengan huruf m, n, l, ny, w, dan p
pem-pemfitnah
pembohong
pembawa
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf b dan f
pen-penjahit
pendengar
pencabar
pensyarah
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z
peng-pengkhayal
pengedar
pengubah
pengikut
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf a, I, e, o, u, g, h, dan kh
penge-pengecat
pengebom
pengetin
pengesah
Apabila bertemu dengan kata yang cuma terdiri daripada satu suku kata.
ErtiPerkataanKeterengan
alat / perkakaspembakar
pengasah
penukul
penapis
-alat untuk membakar
orang yang membuatpenulis
pencipta
pentadbir
prang yang menulis
susuatu yang menyebabkan jadi …..pengasih
pemanis
pendingin
sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
Orang yang selalu atau suka …..penidur
pemalas
perokok
orang yang suka tidur
Orang yang mempunyai sifat … .pemalu
pemurah
pembengis
orang yang mempunyai sifat malu
milik sifat seseorangpemuda
pembesar
oarang yang muda
orang yang besar tarafnya
Ukuran bagi waktu atau tempatpemeluk
penanak
pelaung
seluas yang dapar dipeluk
Hasil atau kesan daripada sesuatupenyakit
pendapat
kesan daripada sakit

Awalan per-

AwalanPerkataanKeterangan
pe-pelakon
pekerja
pekedai
Apabila bertemu kata yang ada kaitan dengan kata-kata berawalan ber-
pel-pelajarApabila bertemu dengan kata ‘ ajar’
per-perburu
pertapa
pertendang
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf t dan b
ErtiPerkataanKeterangan
Orang yang melakukan sesuatupelakon
pelajar
orang berlakon
Orang yang di …….Pesalah
pesuruh
orang bersalah

Awalan memper-

ErtiPerkataanKeterangan
menjadikan lebihmemperdalam
memperkaya
memperluas
menjadikan lebih dalam
Membahagimemperempat
memperlapan
membahagikan kepada empat
Memperlakukan sebagai …… atau menggunakan sebagai …..memperalat
memperisteri
memperhamba
menggunkan sebagai alat
melakukan memeperlakukan sebagai isteri

Wednesday, 15 August 2012

BULI BUKAN BUDAYA

DEFINISI BULI
          Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

          Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.



SIAPA PEMBULI 


· Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.

· Bertubuh besar, tegap dan tinggi.

· Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
· Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
· Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.



 MANGSA BULI 


· Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.


JENIS-JENIS BULI


Buli fizikalMelibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.Paling ganas boleh menyebabkan kematian


Buli mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah


KENAPA MEREKA MEMBULI?
  1. Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  2. Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  3. Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  4. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  5. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah      displin.
  6. Akibat masalah keluarga.
  7. Sekadar mahu seronok.
  8. Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  9. Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.




LANGKAH MENANGANI BULI

  1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing- masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
  3. Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  4. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  5. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
  6. Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.